Sungai Terengganu Dihiasi Cahaya

Sungai Terengganu Dihiasi Cahaya

Sesuai dengan jolokan Bandaraya Warisan Pesisir Air, kerajaan negeri bakal menaiktaraf beberapa tempat di sekitar Sungai Terengganu bagi menarik pelancong dalam menggunakan TTI River Cruise terutamanya pada waktu malam.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perhatian haruslah diberi terutamanya dari segi pencahayaan pada waktu malam di kawasan sekitar sungai kerana ia adalah antara faktor yang akan menarik minat pengunjung.

Comments are closed.