Dato’ Seri Ahmad Said Dilantik Pengerusi Pembangunan Tasik Kenyir

Dato’ Seri Ahmad Said Dilantik Pengerusi Pembangunan Tasik Kenyir

Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Tasik Kenyir (MPTK).

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman pada satu majlis bersama kepimpinan masyarakat Parlimen Kuala Nerus di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu.

Menurut Ahmad Razif, pembangunan Tasik Kenyir seperti projek pulau bebas cukai, santuari Kelah, Kenyir Elephant Village dan Kenyir Island Hopping sebagai destinasi pelancongan menawan cukup sinonim dengan ADUN Kijal itu.

MPTK yang ditubuhkan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bertujuan merangka strategi, menilai dan memantau program-program bagi menjadikan Tasik Kenyir sebagai tarikan popular pelancongan.

Pada majlis itu, Menteri Besar dan pemimpin masyarakat  yang hadir turut membaca surah Yasin dan tahlil di atas kemangkatan Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja

Comments are closed.