35 Pengerusi JKKK berdepan tindakan

35 Pengerusi JKKK berdepan tindakan

Sebanyak 35 Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di empat daerah di Terengganu diberi peluang kedua sehingga April ini, bagi memenuhi Penilai Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan

Sekiranya gagal, pengerusi JKKK terbabit bakal berdepan tindakan ditamatkan perkhidmatan.

Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sehingga kini, KPI 547 JKKK membabitkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu sudah dinilai, manakala daerah selebihnya akan melalui proses sama sehingga akhir Februari ini.

Katanya,apa yang menyedihkan, terdapat JKKK langsung tidak mengadakan mesyuarat atau perbincangan sejak perlantikan baharu, bermula April tahun lalu.

Q-In “Jika mereka memberi alasan tiada peruntukan adalah tidak logik kerana sudah diberi modal sebanyak RM2,000 setahun, selain elaun makan RM100 setiap kali bermesyuarat.

Q-Out “Seboleh-bolehnya kerajaan tidak mahu mengambil tindakan melulu dengan mengenakan tindakan tertentu terhadap pengerusi JKKK bermasalah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Himpunan Perdana JKKK, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus.

Kira-kira 8,000 ahli jawatankuasa membabitkan 547 JKKK di empat daerah di Terengganu hadir pada majlis tahunan itu.

Comments are closed.