Hadiah RM 100 Untuk Bayi Baru Lahir

Hadiah RM 100 Untuk Bayi Baru Lahir

Hadiah RM100 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk setiap bayi yang lahir tahun ini, bermula 1 Januari lalu boleh dipohon dengan mengisi borang permohonan yang akan diedarkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN, Pegawai Pembangunan dan Pegawai Penyelaras DUN seluruh Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof, berkata inisiatif kerajaan kepada bayi yang baru dilahirkan itu selaras dengan pengumuman dalam Bajet 2015 lalu, selain menggalakkan budaya menabung di kalangan rakyat negeri ini pada awal usia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima bantuan sumbangan banjir yang disampaikan oleh Bank Persatuan di   Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

Sumbangan berjumlah RM10,000 disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan Awam Bank Persatuan, Ahmad Atan. Hadir sama Pengerusi Keanggotaan dan Kebajikannya, Othman Ahmad.

Menurutnya,  satu memorandum persefahaman (MoU) dengan SSPN akan diadakan bagi mencapai kata sepakat dan memudahcara pelaksanaannya sekaligus bagi melantik  kerajaan negeri sebagai wakil bagi pihak ibu bapa bayi untuk menabung kepada SSPN-i.

Comments are closed.