Bukit Besi Bandar bersejarah

Bukit Besi Bandar bersejarah

Kerajaan negeri sedang merancang  meningkatkan  imej bandar Bukit Besi untuk muncul sebagai Bandar Bersejarah Negeri Terengganu bagi tempoh 15 tahun lagi.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata ,   draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi Bandar Bersejarah 2030 dilancar bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan menyegerakan tindakan perancangan di kawasan terbabit.

Dokumen perancangan ini dapat membantu menyegerakan pembangunan Bukit Besi dan akan menjadi rangka asas kepada Majlis Perbandaran Dungun dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sebagai panduan serta hala tuju perancangan dan juga pembangunan masa  hadapan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media sempena perasmian Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi Bandar Bersejarah 2030, di Taman Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun.

Pihak berkuasa tempatan juga sudah menetapkan konsep pembangunan dengan memfokuskan kepada pertumbuhan Bandar Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah dengan menekankan pelancongan warisan, pendidikan dan perkhidmatan.

Comments are closed.