ExxonMobil telah menyumbang kira-kira RM1.6 juta kepada pelajar dari golongan berpendapatan rendah  yang cemerlang di seluruh Terengganu sejak lapan tahun  lalu. Pada tahun ini, sebanyak RM182,100 diagihkan kepada 260 orang pelajar Tahun Empat hingga Enam Atas dengan sumbangan antara RM600 hingga RM1,000 seorang. Yang DiPertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong, berkata ExxonMobil menjadi antara syarikat korporat unggul di negara ini yang tidak pernah gagal memberi sokongan terhadap sektor pendidikan sejak 33 tahun yang lalu.

Comments are closed.