Kerajaan negeri komited memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam urusan rasmi dengan mengadakan pelbagai kempen dan penegasan. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia termasuklah menggalakkan penjawat awam dalam pentadbiran negeri menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Katanya, latihan dan kursus bahasa Melayu khusus untuk kakitangan awam dan swasta di negeri ini akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memantapkan penguasaan bahasa ibunda ini

Comments are closed.